Terms and Conditions
Please read our terms carefully before booking.
Syarat & Terma (Terms & Conditions) Twins Studio
Sila baca dan fahami syarat-syarat berikut sebelum membuat tempahan:
1. Kehadiran & Slot Masa
• Pelanggan dinasihatkan hadir 10-15 minit lebih awal sebelum waktu slot bermula.
• Bagi tempahan dengan Add-on Makeup Artist, pelanggan WAJIB hadir 1 jam (60 minit) lebih awal.
• Kelewatan akan menjejaskan durasi sesi fotografi anda. Tiada ganti masa (extra time) akan diberikan jika pelanggan lewat.
2. Kapasiti Peserta
• Pakej standard (Senja Desa) adalah terhad untuk 1 hingga 6 orang sahaja.
• Sebarang penambahan peserta melebihi 6 orang akan dikenakan caj RM 10 setiap kepala.
• Maksimum peserta tambahan adalah tertakluk kepada had kapasiti studio yang telah ditetapkan.
3. Pembayaran & Deposit
• Semua tempahan adalah tertakluk kepada ketersediaan slot pada sistem.
• Sebarang harga Price Override (seperti Peak Raya atau Early Bird) adalah sah untuk tarikh yang terpilih sahaja.
4. Penghantaran Gambar (Soft Copy)
• Semua salinan lembut (soft copy) gambar akan dihantar melalui pautan Google Photos.
• Gambar yang diberikan adalah dalam resolusi tinggi (High Resolution).
• Pihak studio akan menyimpan pautan gambar untuk tempoh masa tertentu sahaja. Pelanggan dinasihatkan untuk memuat turun (download) gambar dengan segera.
5. Tanggungjawab Pelanggan
• Pelanggan bertanggungjawab ke atas keselamatan diri dan barang peribadi sepanjang berada di premis studio.
• Sebarang kerosakan pada peralatan studio atau hiasan (props) yang disebabkan oleh kecuaian pelanggan akan dikenakan caj gantirugi.